16 OKTOBER 2021 | SABTU
Encik Ezzuddin bin Sanusi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian berkesempatan untuk hadir ke Majlis Penyampaian Geran PKS Makmur Johor (GePKS) Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd di Kampung Parit Archong, Benut.
Penyampaian GePKS telah disempurnakan oleh YAB Dato' Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor kepada beberapa orang usahawan yang layak. Pada majlis yang sama, YAB Menteri Besar Johor turut berkongsi berita gembira berkenaan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu golongan usahawan iaitu kerjasama bersama Bank Rakyat dengan menyediakan bantuan pinjaman tanpa faedah berjumlah RM100 juta kepada golongan usahawan di negeri Johor.