13 MAC 2024 | KHAMIS
OPERASI BERSEPADU BAZAR RAMADAN DI DAERAH PONTIAN
Satu Operasi Bersepadu Penguatkuasaan Agensi ke atas peniaga bazar Ramadan telah dijalankan di tiga kawasan iaitu Bazar Ramadan Pekan Nanas, Bazar Ramadan Benut dan Bazar Ramadan Ayer Baloi. Pemeriksaan melibatkan lebih kurang 200 tapak bazar Ramadan.
Pelaksanaan operasi bersepadu ini dijalankan adalah bagi memastikan tahap kebersihan terjamin sepanjang berlangsungnya aktiviti di lapangan. Tiga perkara utama yang menjadi fokus operasi adalah:-
1. Edaran flyers dan promosi berkaitan penjanaan sisa dan larangan penggunaan plastik dan straw.
2. Penguatkuasaan pematuhan Akta Makanan terhadap peniaga baazar.
3. Penguatkuasaan tanda harga.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan ini dalam memilih juadah berbuka. Sebelum membeli “Perhati dan Pilih” kerana ini adalah langkah bagi mengelakkan kejadian keracunan makanan.