LAWATAN TURUN PADANG SETIAUSAHA MPPn BAGI MENANGANI KES ADUAN
7 NOVEMBER 2025 | JUMAAT
Puan Nurul Farahdila binti Jaafar, Setiausaha MPPn bersama kakitangan di Jabatan Kejuruteraan Bangunan, Jabatan Kesihatan Awam, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, dan Unit Perhubungan Awam dan Korporat telah ke Taman Desa Harta Ria, Gerai Makan dan Pelbagai serta Tandas Awam Jalan Besar Pekan Nanas bagi meninjau permasalahan di tapak bagi menangani masalah banjir kilat, air melimpah dan kerosakan fasiliti yang berlaku.
Lawatan tapak juga dilaksanakan di Kampung Dalam, Pontian bagi meninjau permohonan pemasangan lampu solar dan Jalan Megah 3 bagi permohonan bonggol jalan.
Perbincangan dan cadangan penyelesaian terus dilaksanakan di tapak agar masalah di kawasan tersebut dapat ditangani dengan segera.

