10 MAC 2026 I SELASA
Majlis Perbandaran Pontian menyokong pelaksanaan Program Bantuan Kasih Johor 3.0 bagi menghargai warga kerja SWM Environment Sdn. Bhd. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Jubli Intan, Pontian.
Program dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi Yayasan Perbandaran Pontian, Tuan Haji Abdul Rahim bin Pidek. Program turut dihadiri oleh Puan Nurul Farahdila binti Jaafar, Setiausaha MPPn, wakil-wakil ADUN, serta Pengurus SWM Enviroment Sdn. Bhd.
Seramai 181 penerima mendapat manfaat daripada sumbangan tersebut. Melalui pelaksanaan Bantuan Kasih Johor, Kerajaan Negeri Johor terus memastikan kebajikan rakyat daripada pelbagai sektor sentiasa diberi perhatian. Sekalung penghargaan kepada warga kerja SWM Pontian kerana bandar yang bersih dan selesa bukan berlaku dengan sendiri, tetapi lahir daripada usaha gigih insan-insan yang bekerja setiap hari demi masyarakat.

