TAKLIMAT DAN BENGKEL SEMAKAN KAMUS KOMPETENSI FUNGSIAN (KKF)
MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN
12 Mac 2026 | Khamis
Majlis Perbandaran Pontian telah menganjurkan Taklimat dan Sesi Semakan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Program ini telah berlangsung di Dewan Jubli Intan, Pontian dan disertai Ketua Jabatan/Bahagian/Unit serta pegawai berkaitan.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Hairulnisha binti Rabon, Ketua Penolong Setiausaha, dengan dibantu Puan Siti Maslizah binti Md. Yusof dan Cik Nur Afiqah binti Md. Noh daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Penganjuran bengkel ini bertujuan memberi pendedahan serta memperkukuhkan kefahaman berkaitan penyediaan dan semakan Kamus Kompetensi Fungsian (KKF) bagi setiap skim perkhidmatan di Majlis Perbandaran Pontian. Inisiatif ini juga diharap dapat memperkemas pengurusan kompetensi warga kerja serta menyokong pelaksanaan sistem MyPerformance secara lebih berkesan dan menyeluruh pada tahun ini.
Semoga usaha ini dapat memperkasa budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan warga Majlis Perbandaran Pontian selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam yang cekap, berintegriti dan berimpak tinggi.

