13 MAC 2026 | JUMAAT
OPERASI BERSEPADU
PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN BAZAR RAYA AIDILFITRI 2026
Satu operasi bersepadu pemantauan dan penguatkuasaan Bazar Raya Aidilfitri telah dilaksanakan di Bazar Raya Aidilfitri di Dataran MPPn bagi memastikan peniaga mematuhi syarat lesen bazar sebagaimana yang ditetapkan adalah dipatuhi.
Operasi ini melibatkan Jabatan Kesihatan Awam MPPn, Bahagian Penguatkuasaan MPPn, Pejabat Kesihatan daerah Pontian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Operasi dan Kepenggunaan serta SWCORP Pontian.
Semua peniaga adalah diingatkan agar sentiasa mematuhi syarat perniagaan yang telah ditetapkan.

