Permit Kaki Lima
SYARAT PERMIT KAKI LIMA
-
Permit hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat pada setiap masa.
-
Permit kaki lima dikeluarkan bagi premis kedai jenis teres sahaja.
-
Terhad kepada perniagaan yang tidak menimbulkan masalah kepada laluan orang awam dan tidak menimbulkan kacau ganggu yang serius.
-
Dibenarkan menggunakan ruang kaki lima seluas 2 kaki sahaja samada berhadapan pintu atau ruang berdekatan saluran perparitan.
-
Barang perniagaan yang digantung hendaklah melebihi 6 kaki dari paras lantai
-
DILARANGsama sekali meletakkan/meninggalkan barangan perniagaan atau lain-lain selepas waktu perniagaan.
-
DILARANGmenyewakan kawasan kaki lima kepada orang lain.
-
DILARANGdan SALAH membina apa-apa struktur kekal ataupun sementara di kaki lima
-
DILARANGdan SALAH meletakkan barangan perniagaan diatas longkang atau bahu jalan.
-
DILARANGdan SALAH melakukan sebarang aktiviti MEMASAK, MENGORENG, MEMBAKAR, MEREBUS, MEMBUAT AIR dan yang berkaitan dengannya.
-
DILARANG membuang sampah-sarap, sisa makanan atau minuman dan sisa minyak masak ke dalam system perparitan yang sedia ada.
-
Majlis Daerah Pontian boleh membatalkan permit kaki lima pemohon pada bila-bila masa atas arahan Tuan Yang Dipertua tanpa apa-apa sebab dan tanpa member apa-apa gantirugi.
-
Pemohon WAJIB sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Pontian dari semasa ke semasa dan jika didapati pemohon tidak patuh syarat, maka tindakan kompaun, tindakan pengosongan serta tindakan penyitaan akan dikenakan.
-
Tempoh sah permit kaki lima adalah setahun berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
-
Permit yang tamat tempoh pada setiap tahun tidak boleh diperbaharui, pemohon perlu mengemukakan permohonan baru dalam tempoh 1 bulan pertama setiap tahun.
-
Pemantauan akan dilakukan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan pada setiap masa dan jika didapati tidak patuh syarat,permit kaki lima boleh dibatalkan atas persetujuan Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian
-
PERHATIAN: Pihak Majlis Daerah Pontian TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB sepenuhnya ke atas apa-apa jua bentuk kemalangan/bencana yang berlaku.
# Untuk mendapatkan Borang Permohonan permit kaki lima , Sila Klik --->> .Permit Kaki Lima
# Untuk muat turun Syarat Permohonan, Sila Klik ---->> Syarat Permohonan 1 , Syarat Permohonan 2
Bayaran Kaki Lima
# Bayaran bagi Kaki Lima adalah RM 200.00/Tahun