PONTIAN, 9 Disember 2014 – Penduduk Kampung Melayu bukit Panjang disini, boleh menarik nafas lega berikutan kerja naik taraf sistem perparitan dan pengairan dikampung itu ditambah baik setiap tahun.
Usaha itu sekaligus menyelesaikan masalah banjir yang berlarutan sejak hampir 10 tahun lalu.
Ia juga memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya yang menjadikan laluan di kampung itu sebagai laluan alternatif untuk ke Pekan Nenas, Johor Bahru dan Kulaijaya.
Penduduk yang ditemui, Zainah Mohd Salleh, 70, berkata, dia tidak mungkin dapat melupakan pengalaman berpindah ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Agama Bukit Panjang, enam tahun lalu.
Menurutnya, kampong itu mempunyai kira-kira 20 rumah penduduk, sering dinaiki air ekoran kedudukannya di kawasan rendah dan berhampiran sungai serta tali air.
“Setiap kali hujan turun dalam tempoh melebihi dua jam, saya mula rasa tidah sedap hati memikirkan banjir kilat akan berlaku.
“Walaupun tiada lagi kejadian banjir kilat berlakuselepas parit dibesarkandan pintu air bahahru dibina, namun kebimbangan terjadi banjir kilat tetap wujud,”katanya.
Jelasnya, dia sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat dengan memindahkan barang berharga ke tempat yang tinggi.
Katanya, dia serik perlu menempuh banjir kilat setiap tahun sebelum ini, walaupun ia sudah lama berlalu, namun masih terbayang detik banjir naik mendadak sehingga ke paras pinggang.
Semetara itu, bagi Asidah Khamis, 36, dia meminta pihak berkaitan sentiasa memantau kerja pembersihan dan mendalamkan tali air di kawasan kampong bagi mengelak kejadian banjir kilat berulang.
Jelasnya, kedudukan kampung di kawasan rendah dan dikelilingi tali air serta sungai memungkinkan risiko banjir kilat berlaku sekiranya tiada pemantauan dilakukan.
Sumber: Sinar Harian