16 April 2026 | Khamis
LAWATAN KERJA KE TAPAK CADANGAN PROJEK PEMBANGUNAN MESYUARAT TINDAKAN DUN (MTD) DAERAH PONTIAN
Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Tapak Cadangan Projek Pembangunan yang diselaraskan Jabatan Kejuruteraan Bangunan MPPn pada 16 April 2026 (Khamis) melibatkan beberapa lokasi strategik di daerah Pontian.
Lawatan yang diketuai oleh Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua MPPn ini bertujuan bagi meninjau tapak cadangan projek pembangunan serta mengenal pasti keperluan semasa bagi pelaksanaan projek yang memberi manfaat kepada komuniti setempat. Program ini turut melibatkan kerjasama serta kehadiran wakil daripada Pejabat Daerah Pontian, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian, Pejabat ADUN Benut, Pejabat ADUN Kukup, Penghulu Mukim Benut dan Penghulu Mukim Ayer Baloi.
Antara lokasi yang dilawati termasuk Kampung Nelayan Lama Benut, Sekolah Kebangsaan Jaya Mulia, Sekolah Agama Serkat, Dataran Jong dan Jeti Pengkalan Nelayan Sungai Belukang.
Melalui lawatan ini, MPPn komited memastikan setiap perancangan pembangunan dilaksanakan secara teratur, berimpak tinggi dan selaras dengan agenda kesejahteraan rakyat serta pembangunan mampan daerah Pontian.

