LAWATAN YAB MENTERI BESAR JOHOR KE DAERAH PONTIAN TAHUN 2021
ISNIN | 15 NOVEMBER 2021
YAB Dato' Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor telah melaksanakan lawatan kerja rasmi ke daerah Pontian pada pagi ini.Program siri lawatan ini adalah penutup kepada Sesi Libat Urus bersama Kepimpinan Daerah Di setiap daerah negeri Johor.
YAB Menteri Besar Johor memulakan lawatan ke daerah Pontian dengan Taklimat dan Penyerahan Projek Jalan Akses Pelancongan ke Tanjung Piai oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) kepada Jabatan Kerja Raya.
Lawatan diteruskan ke lokasi kedua iaitu di Taman Rekreasi Sungai Rambah. Antara pengisian program di sini adalah:-
- Pameran kraftangan dan sesi walkabout
- Penyampaian bantuan kepada asnaf dari MAINJ dan Yayasan Perbandaran Pontian
- Sumbangan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dari Yayasan Perbandaran Pontian
- Penyampaian hadiah Program Rakan Taman Kebun Komuniti yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Pontian
- Penyampaian sumbangan Infaq Hijau Bumi oleh Majlis Perbandaran Pontian kepada Waqaf An- Nur Corporation
- Perletakan Batu Asas Pusat Astronomi Johor
Destinasi seterusnya adalah ke Majlis Perbandaran Pontian bagi Sesi Libat Urus bersama Kepimpinan Daerah Pontian Sempena Belanjawan Johor 2022. Selesai sesi taklimat, YAB Menteri Besar Johor berpeluang berjumpa dengan peniaga di kawasan Arked MARA Pontian.
Destinasi kelima adalah kunjungan ke Kampung Parit Makuasang, Benut bagi upacara Perasmian Taman Dato' Hajjah Fatimah Salim. Taman ini dibina bagi penempatan semula penduduk nelayan di Kampung Parit Makuasang. Selepas itu, YAB Menteri Besar juga berkesempatan untuk meninjau proses transaksi baucer barangan keperluan Program Kasih Johor di Pasaraya Target, Benut.
Lokasi terakhir adalah di Dataran Dato' Jalok, Benut. Sesi kick-off projek menaiktaraf Dataran Dato' Jalok telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor sebagai simbolik bagi kerja-kerja menaiktaraf Dataran Dato' Jalok yang bakal dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Pontian. Antara pengisian lain program adalah:
Majlis Penyerahan Plak Sekolah Agama daripada KPRJ kepada Pejabat Pendidikan Agama
- Penyerahan Smart Card Agro Bank kepada Keluarga Peladang Benut
- Penyerahan Peruntukan Program Kasih Johor dan Penyerahan "Digital Map" Infra Desa Johor kepada Pegawai-pegawai Daerah dalam negeri Johor.
Sesi walkabout pameran Industri Kecil Sederhana bagi peniaga kawasan Benut di booth yang telah disediakan.
Semoga daerah Pontian mendapat limpahan pembangunan dan menjadi salah sebuah daerah yang mampan dan lestari.