Majlis Pelancaran Pertubuhan Peladang Daerah Pontian bersama All Cosmos
Industries Program Mentor-Mentee telah dirasmikan oleh YAB Datuk Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor pada 14 Mac 2021 di Parit Dahlan, Benut
Turut hadir adalah YB Datuk Samsolbari bin Jamali, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Ybhg Dato' Sawaluddin bin Ahmad, Pengarah LPP Negeri Johor,
Tuan Haji Omar bin Salleh, Pengerusi PPNJ bersama barisan Ahli Jemaah Pengarah, Encik Amiruddin bin Bahar,
Pengurus Besar PPNJ, Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian, dan Ketua- ketua Jabatan Peringkat Daerah Pontian.
Turut sama berlangsung adalah Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara All Cosmos Industries dan Peladang Agrochemical Trading Sdn. Bhd. bagi penghasilan baja bio-kimia.
Program ini dijangka dapat memanfaatkan lebih kurang 29 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli PPK di bawah seliaan Peladang Daerah Pontian/Kluang.
Credit to LPP Negeri Johor
14 Mac 2021