10 MAC 2026 I SELASA
MAJLIS TADARUS & KHATAM AL-QURAN, PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN BUBUR LAMBUK PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN 1447H/2026M
Majlis Perbandaran Pontian dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan MPPn dan Yayasan Perbandaran Pontian telah menganjurkan Program Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran, Penyampaian Sumbangan dan Bubur Lambuk bertempat di Dewan Jubli Intan, Pontian.
Program ini telah disempurnakan dengan aktiviti tadarus dan khatam Al-Quran, penyampaian sumbangan kepada 125 orang penerima bantuan yang dipilih oleh Ahli-ahli Majlis di zon masing-masing termasuk lima (5) orang dari kalangan warga MPPn dan diakhiri dengan pengagihan bubur lambuk.
Turut hadir sama menyerikan majlis adalah YBhg. Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua MPPn, Tuan Haji Abdul Rahim bin Pidek, Pengerusi Yayasan Perbandaran Pontian, Tuan Haji Md Israk bin Abdullah, Ketua WHIP MPPn, Puan Nurul Farahdila binti Jaafar, Setiausaha Majlis Perbandaran Pontian, barisan Ahli-ahli Majlis dan seluruh kakitangan MPPn.
Pihak MPPn ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat di dalam program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Bank Simpanan Nasional Johor serta Safwa Global Sdn. Bhd. kerana telah menjadi antara penyumbang dalam penyediaan bubur lambuk pada hari ini.
Semoga program ini dapat mencambah rasa cintakan Al-Quran, dan menambah ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Diharapkan juga agar sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu penerima-penerima sumbangan dalam persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

