PASAR AWAM BENUT TELAH BEROPERASI SEMULA SETELAH DINAKTARAF
Majlis Perbandaran Pontian telah selesai menaiktaraf Pasar Awam Benut bagi kemudahan dan keselesaan peniaga dan pengunjung terutamanya warga Benut.
Kerja-kerja naiktaraf ini telah selesai sepenuhnya pada akhir Januari 2024 dan beroperasi sepenuhnya pada Februari 2024. Pasar Awam Benut ini merangkumi 5 buah meja ikan, 3 buah meja sayur, 2 buah meja ayam/daging, sebuah gerai memproses santan, 2 buah meja khinzir, 3 buah petak lelong.
Semoga dengan penaiktarafan Pasar Awam Benut ini dapat memberikan manfaat kepada warga Benut terutamanya dan harapan daripada pihak MPPn agar semua pihak menjaga kebersihan dan kemudahan awam yang telah disediakan.