27 APRIL 2025 | AHAD
PROGRAM PONTIAN DI HATIKU : SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA KOMUNITI ZON PONTIAN I TAHUN 2025
Program Pontian Di Hatiku : Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Komuniti Zon Pontian I Tahun 2025 telah diadakan di Dewan Terbuka Taman Azizah.
Program yang diurusetiakan Jawatankuasa Penduduk Taman Azizah dimulakan dengan selawat, marhaban dan bacaan doa yang dipimpin oleh Imam Masjid Jamek Kiyai Haji Abdul Jabbar.
Program turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Rimba Terjun, Encik Mohd Hisyam bin Mazlan, Pengerusi KRT Taman Nilam/Nong Chik Encik Buhari bin Japri dan komuniti setempat di Zon Pontian I.
Objektif program ini untuk memperkukuhkan keharmonian dan hubungan antara kaum dalam komuniti setempat.
Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Md Israk bin Abdullah , Ketua Whip merangkap Ahli Majlis Zon Pontian I dan komuniti setempat dalam menjayakan program ini.
Pihak MPPn ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam program ini.

