27 APRIL 2025 | AHAD
PROGRAM PONTIAN DI HATIKU ZON BENUT A,C,D & E: SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BESERTA TAKLIMAT KESIHATAN "SAYANGI BUAH PINGGANG"
Program Pontian Di Hatiku Zon Pontian A,C,D & E: Sambutan Hari Raya Aidilfitri beserta Taklimat Kesihatan "Sayangi Buah Pinggang" telah diadakan di Dewan Serbaguna Benut.
Program ini adalah anjuran bersama Ahli Majlis Zon Pontian A,C,D & E bersama Jawatankuasa Penduduk Zon Pontian B. Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk keakraban di kalangan masyarakat setempat khususnya penduduk dalam Zon Benut A,C,D dan E.
Turut hadir menyerikan majlis adalah YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Ahli Parlimen Pontian serta Tuan Haji Md. Israk bin Abdullah, Ketua WHIP MPPn. Terima kasih juga diucapkan kepada Dr. Mohd Aminuddin bin Hamdan, Pegawai Perubatan UD10, Klinik Kesihatan Benut atas taklimat yang disampaikan.
Tahniah diucapkan kepada Encik Bariman bin Ahmad, Ahli Majlis Zon Benut A, Dato' Mohamad Jahis bin Othman,Ahli Majlis Benut C, Puan Siti Zaharah binti Jumat, Ahli Majlis Benut D dan komuniti setempat dalam menjayakan program ini.
Pihak MPPn ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam program ini.

