15 MAC 2024 | JUMAAT | 4 RAMADAN 1445 HIJRAH
PROGRAM SEMARAK SUBUH JOHOR PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN DI DUN PULAI SEBATANG
Program Semarak Subuh Johor peringkat Majlis Perbandaran Pontian di Dun Pulai Sebatang, Pontian pada hari ini di Surau Al Hidayah, Parit Haji Elias, Ayer Baloi telah dihadiri oleh Tuan Haji Ab Razak bin Khalid, Yang Dipertua dan Encik Tifla bin Mohd. Addi, Setiausaha MPPn.
Alhamdulillah, jemaah surau bersahur beramai-ramai sebelum menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Turut hadir, YB Puan Hajjah Hasrunizah binti Hassan, ADUN Pulai Sebatang.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ، وَصَلَاةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا
Maksudnya:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafiq adalah solat Isyak dan solat al-Fajar (Subuh). Sekiranya mereka mengetahui (pahala) apa yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.” [Riwayat Muslim (651)]