Pontian memang tidak asing dengan “tagline” ikan segar. Sekurang -kurangnya di Pontian terdapat 25 buah Pangkalan iaitu jeti pemunggahan ikan segar di seluruh mukim. Salah satunya yang menarik perhatian adalah di Pangkalan Penghulu.
Pangkalan Penghulu yang terbina sejak tahun 60an menjadi tarikan orang tempatan kerana bukan sahaja menjadi lokasi pemunggahan ikan segar, tetapi kawasan ini menjadi tarikan pelancong.
Mempunyai sekurang-kurangnya 30 orang nelayan telah menjadikan kawasan ini aktif dengan aktiviti pelancongan.
Antara aktiviti yang dapat dilakukan disini adalah lawatan menaiki bot ke kawasan tangkapan ikan dan udang, menikmati pemandangan paya bakau dan burung hijrah, melihat kawasan ternakan dan hidupan siput sedut, siput nipah dan berongan, demostrasi pembuatan kraftangan daripada sumber perikanan dan jualan ikan segar tanpa orang tengah.
Bagi yang tercari cari aktiviti selepas pergi ke Taman Negara Tanjung Piai dan Pulau Kukup serta penginapan di Homestay berdekatan, aktiviti yang dinyatakan akan memenuhi jadual percutian anda. Lokasi jeti ini memang sesuai kepada semua golongan khusus yang gemar dengan eco pelancongan dan agro pelancongan.
Untuk dihubungi : Encik Fadhil 011-10715440 / Encik Saiful 019-4318416
Lokasi : Jeti Nelayan Pengkalan Nelayan Mukim Serkat
#Jompontian
31 mac 2021