Sesi Taklimat Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 kepada Ahli Majlis Pontian di Majlis Daerah Pontian oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor, En. Ishak Bin Adanan. Survei yang dilaksanakan bermula Januari hingga Disember 2019 ini akan melibatkan tempat kediaman terpilih di seluruh daerah di Negeri Johor.
Tujuan utama survei ini adalah untuk mengumpul maklumat taburan pendapatan dan pola perbelanjaan isi rumah, mengenalpasti golongan sasar seperti isi rumah B40 dan miskin dan tahap kemudahan asas yang dinikmati oleh isi rumah di Malaysia.