Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah..Hari ini dalam sejarah..Tanggal 31 Julai 2021,Majlis Daerah Pontian (MDP) dengan rasminya dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Pontian ( MPPn).
Pengisytiharan Majlis Perbandaran Pontian telah diumumkan secara rasmi oleh YAB Dato' Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor diiringi YB Dato' Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Haji Ayub bin Jamil, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan,YB Dato' Haji Salehuddin bin Haji Hassan, Pegawai Kewangan Negeri, Ybhg Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian, Ybhg Encik Mohd. Farid bin Kassim, SUB Bahagian Kerajaan Tempatan serta Tuan Mohd. Ezzuddin bin Sanusi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian.
Bersempena dengan hari bersejarah ini juga, sebanyak RM 1 juta peruntukan disediakan oleh MPPn bagi melaksanakan penyerahan Bakul Prihatin MPPn untuk meringankan beban penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
YAB Menteri Besar juga telah menyerahkan replika cek Pake Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 bagi bantuan 'one-off' untuk sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Sektor Masyarakat dan Modal INSAN (Pengusaha Salun & Gunting Rambut) kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
YAB Menteri Besar juga turut menyempurnakan sesi "flag-off" sebagai simbolik penyerahan bantuan Bakul Prihatin MPPn.
Dalam masa yang sama, YAB Menteri Besar juga sempat meluangkan masa melawat Pusat Pemberian Vaksin Dewan Jubli Intan,Pontian.
- Laman Utama
- MPPn
- Profil
- Pengurusan
- Sumber
- Pusat Media
- Jabatan, Bahagian dan Unit
- Jabatan Kejuruteraan Bangunan
- Jabatan Kesihatan Awam
- Jabatan Kewangan
- Jabatan Khidmat Pengurusan
- Jabatan Pembangunan Masyarakat
- Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
- Jabatan Perancag Bandar Dan Landskap
- Jabatan Perlesenan Dan Penguatkuasaan
- Unit Audit Dalam
- Unit Pelancongan
- Unit Perhubungan Awam Dan Korporat
- Unit Pusat Setempat(OSC)
- Unit Undang-Undang
- MDP MENUJU EKSA
- Muat Turun Borang
- Rakyat
- Perniagaan
- Pelawat
- Info Pontian
- Pengangkutan
- Destinasi Menarik
- Dataran Majlis Perbandaran Pontian Dan Laman Diraja
- MEMORIAL DAENG HADDADEK SERI SALEIWANGENG
- Muzium Bugis
- Muzium Nanas
- Pekan Kukup ‘ Kukup Fishing Village’
- Pengkalan Jeti Jerman
- Peta Destinasi Menarik
- Pusat Perdagangan Pontian
- Taman Agroteknologi Nanas Alor Bukit
- Taman Awam Tepi Laut Pontian
- Taman Negara Pulau Kukup
- Taman Negara Tanjung Piai
- Taman Rekreasi Tampok Laut
- Taman Rekriasi Sungai Rambah
- Uncle Tan Orchard Stingless Bee Farm
- Galeri Pelancongan
- Penginapan
- Beli-Belah
- Tempat Ibadat
- INDUSTRI KECIL & SEDERHANA
- Pendidikan
- KESIHATAN & SPA