Memorial Daeng Haddadek Seri Saleiwangeng
Memorial Daeng Haddadek Seri Saleiwangeng yang terletak di Sungai Kuali ini menyimpan pelbagai khazanah warisan masyarakat Bugis. Rumah asal dibina pada 1935 dan terpaksa dirobohkan akibat dimakan anai-anai sebelum dibina semula pada tahun 2010 dengan reka bentuk yang sama dan menelan kos sebanyak RM2.5 juta.
Rumah ini dibina menggunakan kayu belian dengan seni bina yang sarat dengan nilai estetika dan budaya masyarakat Bugis. Keunikan binaannya yang didirikan tanpa menggunakan sebarang paku telah menarik kehadiran ramai pelancong dari dalam dan luar negara khususnya peminat serta pengkaji sejarah dan seni bina.
Meskipun tidak dibuka kepada umum seperti muzium, namun pengunjung yang berhasrat ke sini boleh menghubungi pemiliknya terlebih dahulu sebelum berkunjung dan kehadiran pengunjung adalah amat dialu-alukan.
Pemilik |
: |
En. Abd Hadi bin Ambok Ingtang |
No. Telefon |
: |
012-700 2727 |
Alamat |
: |
No 27, Sg. Kuali, 82300 Serkat, Pontian |
Bayaran Masuk |
: |
Percuma |
|
: |
https://www.facebook.com/abdhadi.ambokingtang https://www.facebook.com/pages/Memorial-Daeng-Haddadek-Hj-Ambok-Ingtang/32273076113347 |