Taman Rekreasi Sungai Rambah
TAMAN REKREASI SUNGAI RAMBAH
Taman Rekreasi Sungai Rambah telah dirasmikan pada 1 Disember 2009 sebagai taman awam di daerah Pontian. Taman ini terletak kira-kira 8 kilometer daripada bandar Pontian. Terdapat pelbagai kemudahan di sini seperti menara tinjau, restoran, surau, tandas, tempat parkir kenderaan, kemudahan peralatan senaman, dan permainan kanak-kanak.
Taman ini turut menjadi lokasi pilihan penduduk untuk beriadah bersama keluarga, menikmati keindahan dan bayu laut Selat Melaka serta menyaksikan pemandangan matahari terbenam. Selain itu, tarikan lain Taman Rekreasi Sungai Rambah ialah reka bentuk bangunan yang bercirikan ukiran tradisional Melayu, sekali gus menjadi lokasi pilihan bagi kebanyakan pasangan pengantin untuk mengabadikan gambar perkahwinan.