08 APRIL 2024 | ISNIN
DAPUR KASIH JOHOR - KELUARGA ANGKAT YANG DIPERTUA MPPn
Dapur Kasih Johor adalah merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Johor bagi membantu golongan miskin tegar di negeri Johor. Program ini adalah berkonsepkan "keluarga angkat" yang melibatkan pemimpin di pelbagai peringkat.
Ybhg. Tuan Haji Ab Razak bin Khalid, Yang Dipertua MPPn telah meluangkan masa untuk membawa 2 buah keluarga angkat di bawah tanggungjawab beliau untuk membeli barangan dapur dan juga keperluan mereka. Diharapkan kedua-dua keluarga angkat Yang Dipertua MPPn dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang dengan lebih bermakna.
Semoga dengan pelaksanaan program ini akan dapat meringankan beban serta komitmen perbelanjaan dua buah keluarga ini.