MENJUNJUNG TITAH DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR.
20 Mac 2024 - Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) mendokong penuh titah DYAM Pemangku Sultan Johor bagi terus menjaga kemuliaan Islam di Negeri Johor. Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPPn bersama Agensi Penguatkuasaan Pejabat Kadi Daerah Pontian pada hari ini telah melaksanakan Operasi secara Bersepadu bagi pemeriksaan dan penguatkuasaan di 2 buah premis KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. yang terletak di Jalan Besar Pekan Nenas, Pontian dan Taman Perindustrian Pekan Nenas, Pontian.
Hasil dari pemeriksaan di kedua-dua premis perniagaan KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. mendapati tiada lagi penjualan atau penyimpanan stokin yang menulis kalimah ALLAH. Pengesahan dan semakan secara terus dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Pejabat Kadi Daerah Pontian juga mendapati tiada lagi penjualan dan penyimpanan stokin yang tertera kalimah Allah.
Pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada pelanggaran lain-lain syarat yang dilakukan di kedua-dua premis tersebut . Pemeriksaan premis yang dijalankan adalah meliputi Lesen Premis Perniagaan, Lesen Papan Iklan Premis dan Lesen Kaki Lima Premis.
Majlis Perbandaran Pontian akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan perkara ini secara berkala dan berterusan bagi mengelakkan situasi seperti ini berlaku mahupun berulang khusus di Daerah Pontian . Jika ada mana-mana premis yang melakukan perkara seperti yang telah berlaku, tindakan tegas akan diambil oleh MPPn.