14 MAC 2024 | KHAMIS | 3 RAMADAN 1445 H
LAWATAN PEMANTAUAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN KE BAZAR RAMADAN STADIUM MINI PONTIAN
Pada hari ini, Tuan Haji Ab Razak bin Khalid, Yang Dipertua MPPn telah meluangkan masa bersama wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Pontian untuk meninjau suasana pengoperasian Bazar Ramadan (Juadah) di Stadium Mini Pontian serta Plaza R&R Pontian.. Sebanyak 161 tapak telah disediakan oleh pihak MPPn.
Tujuan lawatan turun padang ini dilaksanakan adalah bagi memastikan operasi bazar dilaksanakan dengan baik dan memastikan pematuhan syarat-syarat pelesenan bazar Ramadan telah dipatuhi.
Satu peringatan mesra kepada semua peniaga adalah untuk sentiasa menjaga kebersihan semasa proses penyediaan makanan.
Turut hadir dalam lawatan pada hari ini adalah Encik Tifla bin Mohd. Addi, Setiausaha MPPn,wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPPn dan Jabatan Kesihatan Awam MPPn.