6 OKTOBER 2025 | ISNIN
LAWATAN TAPAK KE LOKASI BAHARU UNTUK PEMASANGAN CCTV DI KAWASAN HOTSPOT/BLACKSPOT DAERAH PONTIAN
Satu sesi lawatan tapak ke 9 lokasi “hotspot/blackspot” di daerah Pontian telah dilaksanakan pada hari ini. Lawatan tapak ini adalah untuk mengenalpasti dan membuat perancangan di tapak berkenaan fasiliti yang akan dibuat oleh Majlis Perbandaran Pontian dengan khidmat nasihat yang diberikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ianya bertujuan untuk membendung serta menurunkan risiko berlaku jenayah di kawasan tersebut selari dengan matlamat Program Bandar Selamat.
Antara lokasi yang dilawati adalah Pekan Nanas, Taman Impian, Kampung Melayu Raya, Kampung Parit Sikom, Kampung Parit Madirono, Taman Mawar Parit Mesjid, Taman Mutiara, Permas Zon C, Kukup dan Kampung Sungai Boh, Permas. Lawatan tapak ini telah diurusetiakan oleh Unit Pusat Setempat (OSC) MPPn merangkap Urusetia Program Bandar Selamat dan disertai oleh Jabatan Kejuruteraan Bangunan MPPn, Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap MPPn, Bahagian Teknologi Maklumat MPPn serta PDRM Daerah Pontian.
Turut hadir Encik Tifla bin Mohd Addi, Setiausaha MPPn dan Inspektor Mohd Fitri bin Azmi, Inspektor Penguatkuasaan/Kawalan Lalulintas Trafik IPD Pontian.
“Sesebuah Masyarakat tanpa jenayah adalah masyarakat yang sejahtera dan bahagia”

Pontian Mounicipal Council