8 OKTOBER 2025 | RABU
PERTANDINGAN INNOVATORS CHALLENGE PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN TAHUN 2025
MPPn telah melaksanakan Pertandingan Innovators Challenge Tahun 2025 Peringkat Majlis Perbandaran Pontian sebagai satu langkah strategik bagi menggalakkan inovasi, kreativiti dan kerjasama di kalangan jabatan di Majlis Perbandaran Pontian.
Barisan peserta termasuklah kumpulan Dyno Tech dari Jabatan Khidmat Pengurusan, Pest Busters dari Jabatan Kesihatan Awam dan Iron Spark dari Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan, MPPn.
Pertandingan dimulakan dengan ucapanperasmian oleh Ybhg. Tuan Abdul Azim Bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian yang juga merupakan juri bagi program ini bersama sama Encik Tifla bin Mohd Addi, Setiausaha MPPn dan Tuan Hj Md Israk bin Abdullah, Ketua WHIP Ahli Majlis MPPn. Program diteruskan dengan sesi pembentangan oleh kumpulan berkaitan produk inovatif yang direka atau telah dihasilkan.
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang terlibat. Semoga program ini menjadi titik tolak kepada banyak inovasi yang bermanfaat. Inovasi sering bermula dengan satu idea kecil, tetapi apabila disokong dan dipupuk dengan betul, ia mampu memberikan impak yang besar.

Pontian Mounicipal Council