21 OKTOBER 2025 | SELASA
PENYERTAAN SOUTHERN VOLUNTEERS BAGI KERJA PEMBERSIHAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENEROK
Southern Volunteers Majlis Perbandaran Pontian telah menjalankan kerja-kerja pembersihan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Penerok.
Antara kerja-kerja pembersihan yang telah dijalankan termasuklah mencuci kawasan sekolah, membuang sampah yang berselerak serta menyusun kerusi dan meja di tempat yang betul.
Ucapan terima kasih kepada wira misi bantuan pasca banjir kerana sudi bekerjasama membersihkan kawasan PPS. Semoga gerak kerja ini sedikit sebanyak dapat meringankan ujian yang ditempuhi mereka. Semoga pihak keluarga dan mangsa yang terlibat terus kuat menghadapi ujian yang dihadapi ini.

Pontian Mounicipal Council