22 OKTOBER 2025 | RABU
SESI “CLOCK-OUT” SETIAUSAHA
MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN
Ucapan setinggi -tinggi penghargaan, terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan kepada Ybhg. Tuan Haji Tifla bin Mohd. Addi yang telah menjawat jawatan Setiausaha MPPn dari 22 Januari 2024 sehingga 16 Oktober 2025.
Tuan Haji Tifla akan berpindah sebagai Ketua Penolong Setiausaha ICT@Johor (Pembangunan dan Operasi) Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.
Seluruh warga kerja MPPn bersama Ahli Majlis serta Pengurusan Yayasan Perbandaran Pontian berkumpul bagi mengiringi hari terakhir Tuan Setiausaha MPPn. Warga kerja Majlis Perbandaran Pontian merakamkan ucapan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Majlis Perbandaran Pontian.
Indah pedati berisi besi,
Dibawa bersama ke rumah cik nyonya,
Salam perpisahan buat SU Tifla bin Mohd. Addi,
Moga ukhuwah tetap kekal selamanya.

Pontian Mounicipal Council