29 OKTOBER 2025 | RABU
MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS SETIAUSAHA MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN
Majlis Penyerahan Nota Serah Terima Tugas Setiausaha MPPn, Puan Nurul Farahdila binti Jaafar dan mantan Setiausaha MPPn, Tuan Haji Tifla bin Mohd. Addi telah diadakan pada 29 Oktober 2025 di Dewan Persidangan Aras 3, Majlis Perbandaran Pontian.
Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas ini disaksikan oleh Ybhg. Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian dan Tuan Haji Md. Israk bin Abdullah, Ketua WHIP MPPn.
Turut hadir, barisan Ahli Majlis serta Ketua Jabatan dan Ketua Unit MPPn.
Selamat Maju Jaya dan semoga lebih cemerlang di tempat baru diucapkan kepada Tuan Haji Tifla bin Mohd. Addi sebagai KPSU ICT@Johor (Pembangunan dan Operasi) Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor serta Selamat Menjalankan Tugas Baharu kepada Puan Nurul Farahdila binti Jaafar yang telah memulakan tugas rasmi sebagai Setiausaha MPPn pada 23 Oktober 2025.

Pontian Mounicipal Council