5 MAC 2026 | KHAMIS
OPERASI BERSEPADU
PEMANTAUAN DAN PENGUATKUASAAN BAZAR RAMADAN 2026
Satu operasi bersepadu pemantauan dan penguatkuasaan Bazar Ramadan telah dilaksanakan di Bazar Ramadan Stadium Mini Pontian bagi memastikan tahap kebersihan, keselamatan makanan dan pematuhan lesen bazar sebagaimana yang ditetapkan adalah dipatuhi.
Operasi ini melibatkan Jabatan Kesihatan Awam MPPn, Bahagian Penguatkuasaan MPPn, Pejabat Kesihatan daerah Pontian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Operasi dan Kepenggunaan serta SWCORP Pontian.
Semua peniaga adalah diingatkan agar sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan dan keselamatan makanan sepanjang tempoh operasi bazar ini berlangsung.

Pontian Mounicipal Council