MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025 DAN MAJLIS MERAIKAN PESARA MAJLIS PERBANDARAN PONTIAN
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Perbandaran Pontian Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh gemilang di Hotel Sheraton, Johor Bharu dengan bertemakan “ Syawal Dirai, Kecemerlangan Dihargai”.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Abdul Azim bin Haji Shamsuddin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Puan Nurul Farahdila binti Jaafar, Setiausaha Majlis Perbandaran Pontian bersama barisan pengurusan serta seluruh warga kerja MPPn.
Pada majlis penuh bermakna ini, seramai 18 orang warga kerja telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 sebagai pengiktirafan terhadap komitmen tinggi, dedikasi serta kecemerlangan prestasi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Majlis turut diserikan dengan sesi meraikan pesara MPPn, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bakti serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan bersama Majlis Perbandaran Pontian.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025. Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja MPPn untuk terus mengekalkan budaya kerja cemerlang, berintegriti serta komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Pontian Mounicipal Council