28-29 APRIL 2026 | SELASA & RABU
BENGKEL PENGURUSAN RISIKO RASUAH BERASASKAN SISTEM PENGURUSAN ANTI-RASUAH (ABMS) ISO 37001:2025
Majlis Perbandaran Pontian melalui Bahagian Intergriti dan Audit Dalam (BIAD) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah berasaskan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) ISO 37001:2025 yang melibatkan penyertaan Ketua Jabatan/Bahagian/Unit dan kakitangan daripada pelbagai jabatan.
Penganjuran bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta kesedaran warga kerja terhadap kepentingan pengurusan risiko rasuah secara sistematik dan berkesan. Melalui bengkel ini, para peserta didedahkan dengan kaedah mengenal pasti, menilai dan mengawal risiko rasuah dalam proses kerja selaras dengan keperluan pelaksanaan ABMS ISO 37001:2025.
Inisiatif ini merupakan komitmen berterusan Majlis Perbandaran Pontian dalam memperkukuh budaya integriti, meningkatkan ketelusan serta memastikan tadbir urus organisasi sentiasa berada pada tahap terbaik.

Pontian Mounicipal Council